Tabuik

Templat:Subsections

Tabuik diturunkan ke laut di Pantai Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia

Tabuik atau Tabut adalah perayaan tempatan diamalkan dalam kalangan masyarakat Minangkabau Pariaman di daerah pantai Sumatera Barat, Indonesia dalam rangka memperingati Hari Asyura, terbunuhnya Saidina Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad. Perayaan ini termasuk menampilkan kembali Pertempuran Karbala, dan memainkan dram tassa dan dhol. Istilah tabuik khususnya merujuk kepada upacara untuk pengusungan jenazah yang dibawa selama keraian tersebut dilangsungkan. Walaupun awal mulanya merupakan upacara Syiah, akan tetapi penduduk terbanyak di Pariaman dan daerah lain yang melakukan upacara serupa, kebanyakan penganut Sunni. Di Bengulu dikenali pula dengan nama Tabot.

Upacara ini dapat ditarikhkan tepatnya bermula pada melabuhkan 1831[1] di mana acara ini diperkenalkan oleh Pasukan Tamil Muslim Syiah dari India yang ditempatkan dan kemudian bermukim di sini semasa zaman kekuasaan Inggeris di Sumatera Barat.[1].

  1. ^ a b Bachyul Jb, Syofiardi (2006-03-01). "'Tabuik' festival: From a religious event to tourism". The Jakarta Post. Dicapai pada 2007-01-27.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search